Thursday, November 21, 2013

11/13 yang bersejarah

11/13 yang aku maksudkan disini bulan 11 tahun /2013. napenye? macam2 perkara besor berlaku dlm bulan ni, yg terjadi dlm big family aku...

bermula dengan 09hb Nov yg lalu adalah hari konvokesyen aku. Pejam celik, pejam celik, selamat dah aku ngabihkan belajor kat UM tu. Rindu juga ngan kawan2 lama. Selang 2 ari lepeh tu, pada 11/11/2013 anak aku yg kesepuloh (anak kakakku) selamat dilahirkan. Namanya Fakhrul Azam. 

Kendiannya, pada 14/11/2013 keputusan UPSR diumumkan. Anakku si Ammar Khalish lulus dengan cemerlang, dapat 5A dalam keputusan ujiannya tu. Alhamdulillah..berjaya juga anak aku dapat 5A. Mudah mudahan dapat le dia mengejor cita2 dia nak menjadi arkitek yg berjaya. Maklum le..nak buat rumah banglo 5 tingkat untuk mama katanya. hihihi..macam2 anak2 ni. 

Esoknya, hari Jumaat 15/11/2013 aku dapat berita gumbira, permohonan kerja aku berjaya. Alhamdulillah...
Nampaknya, betukor tpt keje lagi le aku ni. Apa boleh buat...cari rezeki utk anak2...
Ada satu lagi peristiwa berlaku, anakku yang ke-11 (anak adik ke4) pulak selamat dilahirkan kedunia ini pada hari Jumaat 15/11/2013@08:12pm.Ibunya bagi nama Hasbi Hasbullah. Suke kome le nak bagi nama apa. Janji usah nama mengarut udah le.

Begitu le kiranya rentetan peristiwa besor yg berlaku dlm keluarga besor kami nih. Kiranya nak kena buat kenduri kesyukuran le ni. InsyaAllah..ada rezeki nak juga buat kenduri. X kenduri, ngantor pulut kuning ke mesjid pon jaadile...

Ni dah nak abih tahun dah kita ye. Mudah mudahan kalo panjang umor, di tahun-tahun mendatang, dapat le kiranya kita hidup bahagia, tenang, murah rezeki, badan sehat, dan dipermudahkan untuk melakukan ibadah. Amin...

kerja@simplysiti?

wow! terujanya aku bila received email dari simplysity untuk interview invitation as Senior HR Exec. sepantas kilat aku mereply email tersebut dengan mengatakan sesunggohnya aku bersetuju hadir. tetiba hati ni cam berbelah bagi plak. mana taknya..aku baru je dapat offer dari 1 company kat Onecity Mall tu... ahhhhh!! pegi je la..kalau de rezeki aku dapat keje ni nnti boleh la compare mana yg terbaik. lagipun company yg 1 lagi tu x bagi offer letter lagi. sape suruh slow sangat kan.

berdebor debor gak hati ni nak gi interview. selain dari persiapan yg sepatutnya macam yg aku catatkan di tips interview aritu, kali ni aku kena buat lebih lagi persiapannya. persiapkan muka ni bior macam muka orang sket...huhuhu...mana taknya. company tu dah le company kosmetik. tentu mementingkan kecantikan kan. kalo datang muka serupa nak makan penyepak, cemana? hadoiiii...sedey, sedey.. muka ni dah nak dekat cam muka bulan dah. hadoiiii...interview lagi 3 ari je ni.tawakkal tawakkal tawakkal..

sebenonya aku ni ada alahan resdung. macam2 cara dah aku cuba tapi belum diizinkan Allah untuk sembuh lagi penyakit resdung aku ni. ada 1 cara lagi yang aku blom terai. aku penah terbaca 1 petua untuk hilangkan resdung. begini caranya:

ambik beberapa biji limau nipis, 10 helai daun pandan.
perah ayor limo nipih tu, tumbuk daun pandan, ambik ayornya. campurkan mereka bersama-sama ye
disaat ini akan berlakunya tindakan kimia lebih kurang 10 minit, sapukan ke muka kome. digenyeh genyeh sket kat muka tu.tadah le muka tu ngan kain itam..agak2 lama sket, nnti akan nmpak ulat2 resdung kuor kat muka tu. dikatakan ulatnya halus bebenor. halus macam benang katanya. dahtu, sapu le muka ngan kain itam tu. melekat le ulat kat kain tu nnti.

1 cara lagi, lebih kurang serope juga. cuma x guna daun pandan tapi guna daun sirih.
caranya beza sket je. mula2 sapu muka ngan ayor limo nipih tu. mesti pedih time ni, nih. pehtu sapukan muka ngan sirih yang dah ditumbuk. gosok2 sket muka tu. nnti ulat2 resdung tu akan kuor gak..

dua2 cara ni aku blom terai lagi. nnti aku nak cuba dua2 cara, tengok mana 1 yg betoi2 boleh ngeluorkan ulat tu. kot2 dah berhasil sok akanku kabokan disini nnti.

he'eh..menyimpang plak becerita pasei resdung ye. apapun..doa2 kan aku bejaya ye..


*** x dpt nak share pengalaman inteview kat simplysiti :( ..sang suami x izinkan..huhu. katanya x yah nak tamak. mana yg dapat tu terima je..kuang3

Friday, August 30, 2013

Nape semua sebok nak balik kampung beraya?

nape ye? kalo tanya kat aku, idak kebulor le aku nak beraya kat kl tu. x penah kubuat mlm raya masih lagi kat kolumpo. tiap taun aku akan pastikan sehari bebelum raya aku dah balik. ate mane idaknya..sape nak nolong mak kat kampong tu? nak harap adik beradik lain, belum tntu pasei dema tu ada mentua, ada ank kecik. ate, aku yg dah xde mentua, anak dah beso2 ni kena prihatin le. bkn prihatin ngan adik beradik, dema tu ngelat je tu-mana2 adik beradik yg baca jgn mara aaa- tp, prihatin kat mak tu ha..
bagi aku raya wajip balik kampong. pehtu masa raya2 ni le baru nak besalam2 bemaap2 ngan adik beradik, orang tua, sedara mara, time ni le baru dapat nak peluk cium. kalo time lain blm tentu dapat jumpa sedara mara. aku ni berjiwa persaudaraan sikit. time2 raya ni mana rumah sedara mara yg blh pegi aku mesti pegi punya. cuma taun ni x banyak dapat pegi pasei encik hasben dah mula keroja raya ketiga. ntah hape2 kan..
apa lagi yg bestnya raya ni? utk aku, sejak dah beromahtangga ni, dan sejak mak x berapa lalu ni, aku ni dah jd mcm chef keluarga. yg lain tau ngoder je..nak makan apa, nak masak apa, aku jd tukang msk le. taun ni, aku dpt msk sop tulang je. msk pakei kayu api kome..mmg meletop le sopnya. cuti x panjang, badan letih bejalan rumah sedara mara, itu je yg sempat msk. kalo dulu, dari raya petama sampei le raya2 berikutnya selama aku ada kat kampong, ari2 komfem kena msk mcm2 utk member2 adik aku yg ramei tu. walaupun penat, tp ati seronok..
aktiviti wajip utk family kitorang, pagi raya, lepeh kaum lelaki balik semayang raya, makan2 jap, pehtu sesi bermaapan, pehtu kitorang gi ziarah kubor arwah abah ngan opah. taun ni, tambah 1 lagi kubor diziarah. kubor paksedara aku. taun depan entah2 org ziarah kubor aku pulak. mana le tau...
utk anak2 aku, biasa le..duit raya, duit raya. budak2 kan..tapi aku x penah izinkan ank2 aku gi ngutip duit raya kat romah org. dema pun x nak, mujor le.time raya ni jugak baru bebudak nak merasa main bunga api. tapi yang telebih bapak2 budak. nak2 hasbenku tu, gemor bebenor main merocon. aku nak masak kat dapor pon payah. ate ape idaknya..semedang je tegeramangnya (tetejut le tu). sabo je la...
apa2pun..raya kat kampong mmg terindah dan the best la. bagi yg ada kampong tp x nak balik kampong ataupun time raya ni sebok2 nak pegi melancong tu..bagi aku tersangat la ruginya. waktu ni le peluangnya kita nak rapatkan silaturrahim..mana2 yg bemasam muka ke, jarang bejumpa ke, x berapa sebulu ke sebelum ni, time raya ni le time yg paling mudah org nak bemaapan. time ni jugak le org paling mudah nak menerima kemaapan kita. ce terai kalo x caya. sbb time raya ni otomatik hati manusia ni raya sayu, gembira..org x nak musuh2 dah. 
kat sini jugak aku nak ucapkan maap zahir batin, segala salah silap aku berbahasa atau ada yg terasa di ateh penulisan aku ni..ate, keme kan org biasa. melakukan kesilapan itu pon perkara biasa. mintak diampunkan ye. ok semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri. panjang umor kita jumpa lagi di lain entry

Persediaan utk anak nak exam

Tahun ni pertama kali aku nak ngadap anak periksa beso. anak sulung Ammar Khalish nak ngadap UPSR taun ni. Ammar Khalish ni pulak diantara murid harapan skolah. Maklumla..skolah kampong berapa kerat beno yg blh jadi harapan pada skolah. Jadi, cikgu ni sume mmg tekan habih le murid2 harapan ni temasuk le anak aku ni. Cite sikit le pasei Ammar ni ye. Dulu dia ni mmg cerodik. Asei periksa je dpt nombor 1. tiap taun naik ateh pentas ngambik hadiah. tapi sejak tahun 6 ni pelajaran dia makin merosot. pelaku dia pon dah berubah sket. cengih manjang ngan adik beradik. pantang tegor nyentap le dia. cikgu pon bagi komen yg tak berapa sedap nak dengo pasei Ammar Khalish ni. sebagai ibu, tentule aku frust.Bukannya aku x hargai usaha yg cikgu buat utk anak aku ni. tp, jgn la sampai murid2 tertekan ye cikgu ye..
Tapi, ateh nasihat pakcik aku, ye beno katanya. sebenonya anak2 ni jgn kita tekan bebenor. takut dema stress. yang aku nampak, Ammar Khalish ni mula nak stress. ate, mana tak stress. kat skolah kena tekan ngan cikgu. kat rumah kena lagi ngan opahnya. bila ngan aku pulak, konon2 nak motivate le..aku kabo kat dia, aku bagi dia 2 pilihan je. dpt 5A aku anto dia skolah asrama penuh agama Islam. kalo tak dapat 5A aku anto dia skolah agama jugak, tapi skolah agama pondok nun di cerok tokun nun..acah je sebenornya. saje nak gerotak dia, bior dia mau blajo. tapi, yg aku negok dia makin kuat main ada le. jadi, aku ambik inisiatif lain. apa aku buat? janjikan ganjaran yg pasti utk dia.
sebab dia peminat jam, aku bawak dia lalu depan kedei jam, tunjukkan jam yg dia minat dan aku janji kat dia, kalo dapat 5A aku akan usahakan utk hadiahkan jam tu pada dia. kat rumah, aku cakap kat mak aku (dia dok ngan opahnya di kampong) bagi dia time yg dia rasa dia nak study. jgn paksa2 bebenor. tp cuma ingatkan yg dia wajip study.
seboleh mungkin aku akan dekatkan diri ngan dia, ngajak dia study bersama. yg ni memang payah le sikit sebab aku keja. tapi, kena bekorban le masa ngan tenaga. aku ajak dia bekurung dalam bilik, semak buku dia, study sama2 ngan dia. adiknya2..dok bilik lain. TV mmg x boleh bukak langsung. Abahnya pon aku larang pasang TV. bior hati dia betoi2 boleh concentrate ngan buku.
pendekatan lain yang aku buat, aku motivate dia. aku brainwash dia. aku bagi perangsang semangat pada dia. gunakan kata2 yang baik, puji dia sket2..trial exam aritu dia dpt 3A 2B je, tp aku tak tunjuk aku frust atau marah. aku bagitau dia keputusan dia bagus. tapi aku yakin dia boleh buat lebih baik lagi. mintak dia lakukan yg terbaik bukan utk tunjuk pada org lain, bukan utk family atau cikgu tapi diri sendiri. guna bahasa dan suara yg selembut mungkin. dah pueh becakap (jgn panjang lebo beno, nnti bukannya memotivate tp dah mcm beleter plak), senyum, pandang muka anak, peluk dan cium le. bagi yg x rajin pelok cium anak tu, komfem anak akan berubah lepeh ni. 
doa ibu ni kan berkat..ate, sebagai ibu banyak2 le berdoa supaya anak tu dapat keputusan cemerlang, dapat 5A nnti. kita berdoa ni bior ikhlas dan terang apa yg kita hajatkan. InsyaAllah..mudah2an dimakbulkan Allah. Ajak anak buat solat hajat bersama2. lagi kerap lagi baguih. pesan kat anak jgn tingal solat dan megaji le sekerap mungkin. selalu berdoa supaya dipermudahkan Allah segala usaha yg dibuat selama ni. 
bagi ibu2 bekerja cam aku ni, elok le ambik cuti panjang bersempena anak nak exam ni. aku dah apply awei2 lagi. seminggu deret aku ambik cuti. ate, udah le sebelum ni kurang masa ngan dia. time dia nak periksa ni, bior le aku yg ngantor ngambik dia masa nak ngadap periksa beso ni. bior le pagi2 sebelum ngadap keroteh periksa tu dia ngadap muka mamanya yg comey ni. dapat peluk cium dia sebelum ngadap periksa. untuk perangsang semangat anak...
akhir skali, dah usaha,doa, tinggal lagi tawakkal je le. dah abih periksa pun kena juga le bedoa supaya anak aku ni dapat keputusan yg cemerlang. Buat pembaca semua, berdoala sama utk kejayaan Ammar Khalish ye..utk yg ada ank nak ngadap periksa mcm aku ni, jgn putus asa bagi perangsang dan semangat utk anak2. kalo ditakdirkan keputusan anak tu x berapa nak lawa, usah dimarahkan dia. kabo kat dema, lepeh ni tingkatkan lagi usaha. akan datang lagi beso cabaran dema kena hadap. suruh dema jgn leka dengan duniawi je, kejor akhirat juga. mudah-mudahan anak2 kita akan jadi anak2 yg soleh & solehah. berjaya di dunia & berada di tempat yg baik di akhirat kelak. Amin...

Tuesday, July 23, 2013

tips interview

APA YG PERLU SEBELUM PEGI INTERVIEW?
  • persediaan petama sebelum interview, kena pastikan semua dokumen2 lengkap. siapkan sume dokumen mcm I/C, sijil2, gambar dll dokumen yg dimintak sebelum pegi interview. jgn nnti dah ditanya baru gelabah nak cari. yang paling penting gambo pasport tu bior le ceria sket..baru le interviewer tu bekenan nak ambik. jgn bagi gambo tegedik plak. nyampah org tengok.
  • study tentang background company tu. ala, googlekan aje nama company tu, nnti dapat la korang serba sikit ttg company yg korang nak apply tu. ini persediaan kalau ditanya sejauh mana korang tau ttg background & aktiviti kompeni tu. x yah lak cite panjang lebo. cukup bgtau apa jenis perniagaan & kalo blh cite kemashuran kompeni tu takat mana yg korang tau. jgn memandai tokok tambah citer plak. nmpak beno nak ngampunya
  • buat yg x penah gi interview, rajin2 cari website HR ke atau mana2 website yg ada tunjukkan contoh soalan temuduga yg biasa org tanya. kadang2 ada tricky question macam please tell about your weakness atau what you don't like about your previous/current job? interviewer sengaja nak tgk kita akan betul2 citer psl yg negatif atau tak. kena pandai jawab balik dgn positif way. contohnya my current job wouldn't allow me to be more creative/no chance to expand the skilss.jawap la apa2 asalkan jgn memburukkan seseorang atau kompeni tu.
  • praktis sendiri cemana nak jawab soalan. dok depan cermin tgk cemana rope muka tu kalo tegagap ke, tesengih ke. kalo masa tu panjang, ari2 praktis msti jadi lancor je nnti kalo becakap. kalo masa tu singkat, praktis la sket2.yg penting kena siap sedia dgn apa2 je soalan yg interviewer ni suka2 nak tanya.
  • baju. ni lagi le penting. sebab first impression pada kita adalah penampilan. jgn sesekali dtg dgn suor jen. penah dengo pepatah HR le kiranya ni, bior kita nak mintak keje kuli tapi datang interview pakai mcm bos. tapi jgn le kome nak berkot pulak. utk lelaki, pakai suar slack, baju kemeja, kasut kilat sket, dah memadai. nak nampak lebih profesional, pakai le tie.usah tie katun2 ye. plain kaler atau jalur2 dah ok. jgn pulak nak buat pesen kaler blocking kat sini. igt kome nak mintak keje backup dancer artis korea?nak selamat, pakai suar itam, baju warna lembut mcm putih, kuning air atau biru muda. dah semat dah yop
  • yg pompuan, nak pakai baju kurung pon boleh. kalo keja kerajaan wajip le pakai baju kurung. kalo syarikat koperat, pakai le suar slack pompuan, blouse atau kemeja, nak nmpak lagi profesional pakai blazer yg simple. mesti pakai high heel & seeloknya kasut tutup depan. jgn tinggi 5 inci plak. udah rope nak naik ateh stage. yg betudung, x yah le buat seroban yuna ye..nnti org igt sarang tebuan begerak. sunggoh x sessuaii. bior simple, baru nmpak ada kelass. aksesori yg bling2 sesangat tu simpan je kat romah. takut nnti interviewer tu x blh tumpu perhatian dgn apa yg korang cakap asik nengok gelang rantai kome tu. apa2 pun bior simple & just nice je. mekap sket2 xpe, utk naik seri. jgn nak smokey eyes le, rainbow kaler le..
  • punctuality. kalo slalu mmg jenih liat nak bangun pagi. utk 1 ari penting ni bangun le xtra awal. prepare brg2 sume awal2. punctuality ni masuk point juga. kalo baru nak interview dah dtg lambat, apatah lagi kalo dah stat keje. kalo tepaksa kuor subuh pon xpe le..1 ari ni je. tarik nafas panjang & lepas pelan2 utk hilangkan gemuruh sblm masuk bilik interview
  • masa interview pon x yah nak tunjuk cam diri tu terover hebat. takut nnti dikatakan belagak plak. bersederhana, tapi dlm masa yg sama kita ttp nmpak menonjol. guna bahasa yg sopan, duduk yg sopan, gelak yg sopan-tu pon kalo interviewer buat lawak, jgn plak korang buat lawak. x kena masanya-
  • dah habih interview jgn lupa salam & ucap time kasih.bukan muhrim jgn salam ye...
  • dah balik rumah, tawakkal & bedoa banyak2 supaya korang terpilih..dah dapat keja keje je le elok2 ye..

Wednesday, July 17, 2013

Alat penjimatan petrol

ish3..ye ke benor ada alat rope gini?napenye tetibe plak aku cerita pasei alat jimat minyak ni? ate ye le..rege minyak sekarang kan dah naik. udah tak lalu rasanya ngisi minyak petrol sekarang ni ha. duit gaji abih ngisi minyak je kan. ate, nak le juga cari kalo2 ada alat yg boleh jimatkan petrol ni. udah ku google google google..rasa ati ni idak le pecaya ngan bedaah tukang juei alat konon penjimat minyak ni. yang sebenonya pun dulu aku penah tebeli satu alat yg rope charger, namanya org panggei i-charge. mula2 pasang mmg le rasa lancor je keta tu bejalan. mencanak je peginya. tp lama2, lama x lama la..dlm lat sebulan camtu udah rasa keta cam semput2. rope2nya benda rope ni mmg de efect pada enjen kereta kome weh..atenya nak ngabo le kat sini, sebelum beli benda2 cenggini kome pikior le bebenor ada ke logiknya atau idak benda rope ni boleh jimatkan minyak. kalo ada, ce kabo & tunjukkan kat aku. nak juga nerai.lagi satu nak sharing 1 artikel yg dikeluorkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Moh kita baca apa kata dema

Alat Penjimat Minyak : Pengguna Dinasihat Kaji Sebelum Guna

Oleh Sharifah Nur Shahrizad Mohamed Sharer

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pengguna dinasihat lebih peka dan bijak ketika mahu membeli alat yang didakwa mampu menjimatkan petrol bagi mengelak daripada tertipu dan rugi kerana membeli produk yang tidak berkesan.

Pengarah Pusat Pembangunan Automotif Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Azhar Abdul Aziz berkata ini kerana setakat ini kebanyakan alat penjimat petrol yang berada di pasaran tidak menunjukkan penjimatan yang ketara, selain memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat pulangan pelaburan.

"Selaku pengguna mereka patut bertanya pada penjual berhubung bukti saintifik dan kesahihan sesuatu dakwaan sebelum membeli peralatan dan bahan kimia ini. Bukti saintifik yang saya maksudkan ialah carta gayalaku (prestasi) yang menunjukkan kelebihan pemasangan alat dengan keadaan tanpa alat itu dipasang," katanya kepada Bernama.

Tambahan katanya penjual kadangkala menunjukkan data yang dikumpul di luar negara dan ini tidak sama keadaannya dengan kegunaan di negara tropika seperti Malaysia.

Sepatutnya mereka yang menjual alat sedemikian lebih bertanggungjawab dengan melakukan beberapa siri ujian prestasi alat mereka dalam suasana penggunaan di Malaysia dan ujian itu pula semestinya dalam satu julat waktu yang lama, katanya.

"Pendek kata pengguna harus lebih bijak dalam mengajukan soalan yang bersifat prestasi dan kelasakan sebelum berpuas hati dan terpikat dengan peralatan ini. Mereka perlu menekankan kepada jaminan di samping perkara pokok tadi. Jika boleh pengguna perlu diberi masa untuk menilai prestasi alat yang mereka beli sebelum komited dengan barangan ini," katanya.

Mengakui sejak mengkaji dan menguji peralatan dan bahan kimia yang disifatkan mampu menjimatkan bahan api kenderaan, lima tahun kebelakangan ini, beliau telah menemui pelbagai alat penjimat minyak yang ada di pasaran kini.

Bagaimanapun katanya kebanyakannya hanya boleh menjimatkan bahan api bagi enjin yang tertentu, pada julat halaju tertentu enjin dan kadar penjimatannya adalah tidak tinggi, iaitu dalam lingkungan antara 3 dan 5 peratus sahaja.

Antara produk tersebut termasuk dalam bentuk magnet yang dikatakan boleh mengubah struktur molekul bahan api untuk pembakaran yang lengkap, ada yang dipasang pada bahagian "air intake" enjin yang dikatakan boleh meningkatkan kecekapan pembakaran udara bahan api dan ada yang dipasang pada sistem penyalaan enjin yang boleh meningkatkan keamatan arka pada palam pencucuh enjin, katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, hanya sebahagian kecil alat penjimat minyak yang berada di pasaran menyakinkannya dalam erti kata baloi berbelanja, antara lain bermaksud melebihi penjimatan 5 peratus dalam semua keadaan operasi enjin.

Justeru nasihatnya, pengguna hanya digalak membeli alat penjimat minyak yang benar-benar telah menjalani ujian bukti secara saintifik (yang dibuat oleh organisasi piawaian seperti SIRIM, SISIR dan sebagainya) dan diuji secara "exhaustive" dalam suasana/persekitaran di Malaysia.

Dalam masa sama beliau turut mengingatkan pengguna bahawa peralatan berkenaan mempunyai jangka hayat yang tertentu, selain penggunaannya juga tidak dijamin pembuat enjin disebabkan ia bukannya produk OEM (produk peralatan tulen pengeluar).

Dalam pada itu, Dr Azhar turut memberikan beberapa tip berguna mengenai cara lebih mudah, murah dan efektif untuk meminimumkan penggunaan petrol, termasuk mencadangkan amalan pemanduan yang baik seperti tidak memandu secara agresif dan melampaui 110 km/jam bersamaan halaju enjin <3000 br="" ppm.="">
"Tetapi ini hanya boleh dibuat apabila pengguna tidak mengalami kesesakan lalu lintas. Elakkan kesesakan, di samping memastikan enjin sentiasa dalam keadaan "tip-top", katanya.
Selain itu katanya tekanan udara tayar kenderaan juga mestilah pada tekanan yang ditetapkan pengeluar.

Sentuhan tayar yang minimal dengan permukaan turut menyumbang kepada meminimumkan penggunaan bahan bakar. Elak daripada selalu melakukan brek. Juga, kereta yang lebih kecil, mengurangkan rintangan muatan pada enjin dan ini bermakna kereta lebih kecil menggunakan kurang minyak, katanya.
"Negara perlu melaburkan dalam penyelidikan bahan bakar alternatif dan saya percaya banyak institusi di Malaysia boleh melakukannya jika disediakan sumber, kepercayaan dan peluang. Usaha bersepadu perlu dilakukan terhadap perkara ini jika tidak rakyat Malaysia sekali lagi akan diminta menukar gaya hidup mereka.

"Kita sering ketinggalan dalam soal ini. Ia memerlukan iltizam politik dan kerajaan untuk menjadikannya sebagai realiti. CNG (gas asli mampat) nampak menarik tetapi dalam keadaan sekarang, kos untuk mengubahsuai enjin adalah tinggi dan stesen minyak juga mempunyai keupayaan terhad untuk memenuhi permintaan pengguna," katanya.
Presiden Persatuan Permotoran Malaysia Datuk Dr Mohamed Mydin Md Musa pula menyifatkan kerakusan pengguna Malaysia untuk membeli alat penjimat minyak ini adalah mentaliti biasa rakyat yang cepat terpengaruh dengan iklan yang menarik.

Mengakui tidak salah menggunakan alat penjimat minyak, terutama pada waktu sekarang, Dr Mohamed Mydin berkata, rakyat seharusnya membuat kajian terlebih dahulu terhadap sesuatu produk dan tidak hanya mendengar testimoni pengguna dan membuat keputusan secara terburu-buru.
"Kajian perlu dibuat dahulu sebab kebanyakan produk yang ada dalam pasaran sekarang ini belum betul-betul terbukti keberkesanannya, jangan terlalu cepat terpengaruh," katanya.

Pencipta tempatan yang juga pengasas Syarikat Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron berkata secara logiknya, untuk meminimumkan penggunaan minyak bukan bergantung kepada penggunaan aksesori atau produk yang didakwa penjimat minyak.
"Kalau betul ada produk atau alat yang boleh menjimatkan minyak sudah lama syarikat-syarikat pengeluar kereta ambil dan gunakan pada produk mereka," katanya.

Sebaliknya beliau berkata kaedah yang paling mudah untuk menjimatkan penggunaan petrol pada kenderaan ialah dengan memastikan kenderaan dalam keadaan sempurna tanpa tambahan aksesori yang boleh memberatkan kereta seperti spoiler, skirting, rim atau tayar sport yang akan memberatkan kenderaan.
Beliau berkata, walaupun penggunaan alat penjimat minyak, terutama bahan 'additive' seperti minyak atau pil tidak membahayakan, tetapi ia tidak terbukti berkesan boleh mengurangkan penggunaan minyak, malah pada jangka masa panjang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada enjin.

"Di sini kebanyakan pengguna silap pertimbangan. Sebabnya bahan additive (pil, minyak atau ubat gegat) yang ada kalanya dimasukkan dalam tangki minyak bukan bertujuan mengurangkan minyak sebaliknya ia hanya untuk melicinkan perjalanan enjin semata-mata.
"Jadi bila enjin licin, kita rasa kenderaan lebih bertenaga dan minyak dijimatkan," katanya yang berpendapat penggunaan bahan-bahan tambahan itu tidak begitu kos efektif.

Justeru bagi mengurangkan beban kenaikan harga minyak, beliau mencadangkan agar rakyat Malaysia mengamalkan cara pemanduan berhemah dan menggunakan kenderaan apabila perlu sahaja.

*** udah baca? rasa2 cemana?nak ke kome beli alat jimat petrol tu?kot2 betoi ada alat yg betoi2 bekesan jgn lupa sharing ye. keme pun nak jugak bejimat ceromat..huhuhu

Thursday, April 18, 2013

kome ada binatang kesayangan?

sape yg x suka binatang? x kisah la apa jenih binatang pon aku tau mmg ramei yg gemor bela natang2 ni. Kalo yg bukan Islam tu rajin le deme bela hanjin. nengoknya mmg geram. comey rasa nak pelok. tapi apakan daya, HARAMM.. kalo org putih lagi haru...ada ke deme bela ba** dlm romah..eeee...laaagi le HARAMM.. ada yg suka bela ikan, syiokk je nengok ikan tu tekedek2 berenang. rasa tenanggg je pikiran kan.. ada jugak yg gemor bela natang pelik2 mcm iguana le, ulor pun ada, aritu femes org bela sugar glider. huishh mahei regenya. kome2 suka bela apa? org2 melayu ni common ler kalo bela kucin. cam aku..mmg gemo bebenor bela kucin. tp time yg x berapa nak gemo kalo depa berak kencin ke..ke time nak mkn gigit2 kaki sampei calor balor..eeee..rasa nak terajang je.. tp ati aku ni lembut. tambah2 bila nengok muka dema yg comey2 tu. kat sini aku nak sharing 1 video yg aku upload kat utiub. aku rakam gambo kucin aku tgh sedap jer nyelop tangan dlm ayor milo aku yg nyarih2 aku x tegok ayornya. haishh..comey bebenor sampei nak marah x sampei ati. meh sini kita nengok video ni.

http://www.youtube.com/watch?v=6AXWfz7TDnQ

 
penunjuk arah


ni si Batman-kiri, ngan Memey-kanan tompok2
(kerusi tu depa yg cakor2 bagi koyak ye...)
 

ni dia ank2 kucing aku masa mula2 dpt-umor 3 bln


Monday, April 8, 2013

Oh My Kampung..Batak Rabit

Apa kome heran nama kampong aku rope gitu? Aku pun heran juga. dari kecik mcm2 citer aku dengo.Biasa la kan..sejarah lisan ni bukan boleh guna pakey sgt kan. Ada yg kata dulu ada org Batak yg datang meneroka tpt ni. masa dayung sampan tu tesangkut dek ranting kayu sampei le terabit ntah telinga ke hape x tau ler.. trs jadi Kg Batak Rabit..cam beda'ah je kan..tadi sesaje google, aku terrjumpa blog http://ku-alam.blogspot.com/  tekejut jugak aku mmbacanya. komorang bace le sendiri aku copy paste je kat sini ha.

KOTA BATAK RABIT-PUSAT PEMERINTAHAN SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II

              Sebagai mana yang di ketahui bahawa Raja Muda Abdullah bersemayam di Batak Rabit demikian jua takkala baginda bergelar Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah bergelar Sultan Perak ke-26 mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Baginda telah memerintah negeri di Batak Rabit kinilebih dikenali sebagai Kampung Batak Rabit dan kerna itu jua Masjid lama Batak Rabit pernah menjadi Masjid Negeri Perak ketika itu. Hakikatnya kawasan ini adalah dibawah Laksamana dan Sultan Abdullah Muhammad Shah II sendiri cucuanda kepada Toh Muda Laksamana Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan Bin Laksamana Raja Mahkota Toh Jambu Keramat Keramat Sungai Durian - mengikut adat purbakala Toh Muda Laksamana bergelar Raja Mahkota.
      Jikalau di perhatikan ketika Mohom Abdullah memerintah Laksamana yang sedang menjadi Orang Besar adalah Muhammad Amin Bin Alang Abdul Wakaf Bin Alang Muhammad Bin Che Uda Kechil Terkukor, tetapi sebelum itu adalah Hj Sulaiman Bin Muhammad Taha Bin Toh Chu Abdul Rahim Che Uda Kechil Terkukor dan selepas Muhammad Amin dibuang bersama Mohom Abdullah maka jawatan Laksamana di jawat oleh Laksamana Hussain Bin Muhamad Salleh Bin Toh Chu Abdul Rahim Bin Che Uda Kechil Terkukor Bin Toh Jambu @ Keramat Tanjung Medan @ Keramat Sungai Durian. Demikian pula takkala sebelum Haji Sulaiman menjawat sebagai Laksamana Raja Mahkota ia telah di jawat oleh Laksamana Pandak Ibrahim sebelumnya Toh Muda Wan Abdul Rahman sebagai Toh Muda Laksamana ataupun lebih tepat Raja Mahkota, sebelumnya pula Laksamana Toh Janggut Bin Laksamana Toh Rejab Bin Tok Chik Bin Toh Kuala Bidor @ Nakhoda Hitam. Maka persoalannyer siapa Toh Tambah.. ??? Apakah ia hanya nama gelaran panggilan ataupun ia adalah antara laksamana yang sebutkan di atas.
     
 Pusat pemerintahan
Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
Kota Lama Kanan
Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
Semat dalam Mukim Senggang,
Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
Pulau Tiga, Kampung Gajah
Pulau Cempaka Sari di Parit
Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
Pasir Panjang, Kampung Gajah
Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
Sayong, Kuala Kangsar
Batak Rabit, Teluk Intan
dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28
Kome nampak x, Kota tu..itu baru le betoi..bangganya aku dilahirkan kat kampung yg penuh sejarah ni..ni mesti ramei org2 kampung x tau menau pasey ni..haishh..nak kena kabo ni
 
kat masjid ni ada kawasan kubor lama. gamaknya tu le kubor2 kaum2 kerabat dulu2..aku ni mana la nak tau sgt pasei sejarah kampong aku ni. kalo x kerana kecanggihan teknologi skrg, blh le google2 kan. kalo idak..hhmmmpphh..harammm..
yang aku tau, kat kpg aku ni kedey runcit paling lama tu le kedey si Chombie. udah x de dah pun orgnya. digantikan ngan anaknya si Ah Hee ngan adiknya yg kertu si Ah Beng. Dema 2 beradik cina ni mmg sape x keney bkn org Batak Rabit le. mmg friendly ngan org2 kampong. Lagi sorang cina femes kat Batak Rabit namanya si Gilin. Ntah le betoi ke dak namanya camtu. aku dengo opah aku masa juey ayam kat dia panggei dia rope tu. Dia ni peraih mcm2 hasil kampong kat org2 kpg, pehtu dia juey balik kat org2 kampong x pun kat org lain. kalo dia lalu dpn romah msti dengo dia jerit 'cempedak cempedak cempedaaakkk'. ada intonasi suara dia yg menarik minat org yg mendengonya..
apa lagi yg aku tau? yang aku tau ada tpt sembelih lembu. aku kalo lalu kat situ mmg takut bebeno rasanya. ntah nape ada rasa seram2 sket. yele..tpt darah2 camtu kan..ntah byk antu setannya..heeeeeeeeeee...lagi, aku igt dpn kandang lembu tu ada beret rmh. ada 1 indu ni namanya Manima. kakinya untut, beso cam kaki gajah. aku kalo tembung ngan dia mmg tkt betoi. kakak aku le slalu ngusik, Manima tangkap, Manima tangkap. padehei..org tu apah x ngusik org.
     nak ckp best sgt kat kpg aku ni, rasa macam apah x best. pasey x mcm kpg lain yg ada sawah, ada sungei blh mandi2, ada dusun2 ke..langsung xde. sawah x mandang. sawit byk le.sungei..mancin boleh, mandi jgn..eeee x nak aku. udah le x reti berenang. kang kena ngap ngan boye.dusun2? nak tanam pokok pisang pon x blh. habih direnggah dek kera. blakang rmh mak aku dah mcm taman simpanan kera dah.. tapi, kalo dah Tanah tumpah ayor, Tanah kelahiran..dah tentu le kat kpg jugak tpt paling best yg aku nak duduk.
apa2 pun.. Kota Batak Rabit kome..kampong kome ada?? ngee...


Monday, April 1, 2013

Teluk Intan

Teluk Intan Tanah Tumpah Ayorku..


me with leaning tower of Teluk Intan..comey x ???
          Asei kelahiran aku di Teluk Intan, bandar di negeri Perak. Mak aku beranakkan aku kat sini weh. Rasanya mmg ramei yg pernah dengo nama pekan ni. Dah femes dah skrg. Merujuk wikipedia, nama Teluk Mak Intan diambik dari sorang janda yang dikatakan mempunyai rope yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagor yang berasei dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramei le orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratuih, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
        Ada versi lain yg aku dengor, nama Mak Intan tu nama sorang bidan yg mmg fofularr kat pekan T.I nih. mengenang jasa beliau pekan ni bertuko dari Teluk Anson ke Teluk Mak Intan, peh tu teruih jadi Teluk Intan sampei le skrg..
        Istimewa T.I ni, of course ada menara condong yg cam dlm gambo aku tu. usia menara ni dah lebih 100 thn dah..asei nya menara ni hanyalah tangki ayor utk bekei penduduk sekitor je dan ada jam skali. menara ni jadi condong disebabkan dolu2 slalu ayor pasang(banjir le tu), so stuktur tanah tu menyebabkan menara jam tinggi ni semakin condong. Aku igt lagi masa kecik2 aku tgk jam tinggi(org2 kampung biasa sebut menara ni jam tinggi) ni x nmpak sgt condong sgt. skrg ni skali pandang mmg nmpak jeleh bebenor mmg condong. Apa? Igt Pisa je ada? Keme pon ada le weh..hihihi.
           Apa lagi yg best? mcm2..makanan kat sini mmg wallah!! tpt lain x dpt le mknn yg sedap, morah cam kat sini. nak sebut banyak sgt..sume aku suka. Aku suka makan kat Hawaii ice.org2 kat sini confirm tau la katne tpt ni. Ada mi rebus Mastan, Mee Ghulam, tpt feveret aku kedai bawah pokok, ayam goreng Krishnan. mmg ayam goreng dia terrrsedapp skali la. Hat org cina plak aje yg gemor bebenor makan cicongfan(x tau le spell cemana, tp bunyi dia camtu la.) mknn diorang mmg femes smpei kat kl ni mmber aku dok nyebut Teluk Intan cicongfan the best in the world. ee, kemain..ada lagi, mi kicap cik Besah kedai Sabar Menunggu kat tepi sungai pekan Teluk Intan..tpt lain mmg x jumpa la. (promote baeekk xde ke mkn free??)
        Ada Nasik lambei(lambai)..kat tepi sungei tpt dulu2 org nunggu bot penambang nak ke seberang. Sape x kenei kedei Nasik lambei..ate dulu2 ramie le org guna bot dari seberang nak ke Pekan. elok org naik ke darat je, ada le yg melambei-lambei suruh singgah makan kat kedei Nasik lambei ni. ha...dari situ le kedei ni dpt nama, teruih lekat sampei le sekarang..tapi skrg udah kurang bebenor org naik bot nak ke Pekan. Ate..org2 kat seberang nun anak2 deme kereta udah menjalor, beso2 belaka. baik naik keta, ada a-cond.
          Untuk kaki pancing udang galah..Sungei Perak nun mmg lubuk lerr..insyaAllah..kalau gi mancing tu x blk tgn kosong la. Skrg kerajaan pun tgh memperomote Sungei Perak Teluk Intan ni lubuk udang galah. x caye ce kome pegi ke tepi sungei perai dpn kedei Cik Besah yg aku kabo td ada tetenggek 2 ekor udang galah beso. nnti2 aku post gambo yer..kemarin blk kpg x dan nak ambik gambonya.
          yang aku suka lagi skrg udah ada Gerobang Malam..mcm uptown kal keyel ler.aku suka pegi ari sabtu malam minggu sbb mlm tu jugak ada pasar malam. Yang seronok bukan apa, time tu mmg besesak2-sesak dgn org yg ntah le cari apa kat pasar mlm tu. Mcm aku agaknya sbb seronok dgn suasana tu slalu ngingatkan aku nostalgia masa kecik2. gemor benor pegi psr mlm. padehei bkn beli apa pon..
 
 
              Lagi..ada batu betenggek..heheh..dari kecik aku tgk batu tu betenggek kat simpang nak msk ke Pekan ni. penah dengor citer kononnya batu tu hidup. mula2 batu tu kecik je dan skrg dia mmbeso sampei le skrg ni udah mati dah  x blh besor2 dah. carian wikipedia,  'Batu Tenggek' (Bersidang Boulder) yang terletak di persimpangan di pusat bandar. Terdapat legenda tempatan bahawa batu itu telah diletakkan di sana oleh seorang askar British, dan pada asalnya saiz kotak mancis satu tetapi semakin besar sejak beberapa tahun lalu. Batu itu kini sebahagian drp peringatan perang bagi Perang Dunia 1. Ada plak pada batu tu yg tertulis puisi dari Laurence Binyon bertajuk 'For The Fallen' .
Ate sekarang Teluk Intan dah maju bebeno dah. udah tau jem dah kome..
Nak jalan2 Teluk Intan? Kalau rasa2 nak tourist guide, blh je ajak aku..

 

 

Wednesday, March 20, 2013

Bekerja sambil belajor.. nak keroje ke nak belajor

         Bekerja sambil belajor? Berat kome tanggungjawab tu. Lagi pulak dengan status sebagei isteri solehah (amin..) dan punya anak2 utk diberi perhatian. kenyataannya itu la yg terpaksa aku pikoi setelah aku nekad nak sambung belajo lagi. mulai ujung tahun 2011 aku mula menyandang status pelajar di Universiti Malaya bagi jurusan HR Management. sejak tu, hujung minggu aku dihabihkan utk hadir ke kelas bersama dengan teman2 yang baru. Macam2 dugaan pahit manih terpaksa aku tempuh selama aku bergelor pelajar ini. Kekurangan waktu untuk keluarga, komitmen kerja, exam dan asignment yg membebankan, dan mcm2 lagi yg sangat memenatkan utk ditampung oleh badan aku ni. Adakala, aku seakan hilang semangat dan terasa nak tarik diri dari meneruihkan kuliah aku ni. tapi, merenung masa depan, semangat aku pulih kembali. Tambahan dengan sokongan org2 yg aku sayang, aku gagahkan juga utk meneruskan perjuangan aku ni.
        Sedor x sedor kome, thn 2013 ni aku bakal grad dan kelas aku dah pun berakhir pada 17 Mac yg lepeh. Rindunya pada teman2 seperjuangan nnti..itu la, masa belajor maleh nak pegi kelas. bila dah habih ni, rindu pulak nak ke kelas lagi. Joren pulak aihh... Apa pun aku bersyukur sgt Allah S.W.T bagi aku kesempatan utk rasa sume ni. Buat mak yg dikasihi, adik beradik yg kuhormati, suami yg tercinta, anak2 mama yg tersayang, terima kasih x terhingga diucapkan atas sokongan dan pengorbanan kalian. Buat teman2 seangkatan denganku, aku pasti merindukan kamu semua. Semoga kita akan berjaya menjadi seperti apa yg kita inginkan. InsyaAllah, panjang umor kita akan jumpa lagi di graduation day nnti..x sabo nak menanti saat2 tu

Teman2 seangkatan yang hebat2 belaka nih

Monday, January 14, 2013

Anak-anak kebanggaanku

         Ini la anak2 yg menjadi kebanggan aku. ala, org lain pun msti bangga ngan anak masing2 kan? Alhamdulillah, 3 org bodyguard aku ni ada kelebihan masing2..walaupun xla menyerlah mcm kanak2 genius tu, tp diorang ni sentiasa dpt tempat yg baik kat skolah. Anakku yg sulung, Ammar Khalish, minat sgt membaca dan mengkaji tentang angkasa lepas dan apa saja yg berkenaan dgn eksperimen sains. Kitorang(aku, adik beradik aku, opahnya termasuk abahnya) kadang2 kalau nak tau apa2 psl sains, angkasa lepas atau psl haiwan, kitorang rujuk kat dia je. slalunya, dia mesti ada jawapan bg tiap soalan yg kitorang tanya. Katanya dia bercita2 nak jadi arkitek yg berjaya. Nak buat banglo 5 tingkat utk mama, katanya.(5 tingkat dah mcm rmh flat jer..huhu).
      Masa kecik2 lagi seawal umur 1 thn dia dah minat melukis. Kalau bdk lain dok kelek mainan, Ammar Khalish ni cukup kalau ada buku, pensil dan pensil warna. Mana dia pegi, mesti kena bawak kalo x dia mmg cpt boring. Dari situ aku perasan ttg minat dia dan aku biarkan jela dia ngan minatnya tu. Sejak darjah 3 dia dah dilantik jadi pengawas dan aktif dgn aktiviti skolah mcm baca sajak ke, pantun ke..mcm2 la. dan mcm2 jgk hadiah yg dia bwk blk dari skolah. Thn 2013 ni Ammar Khalish akan menduduki UPSR. Aku yg seram sejuk dari thn lepas lagi.Dia teringin nak msk skolah asrama penuh. Insyaallah, mama tau ank mama boleh..
       Kisah anak aku yg tengah Arash Farhan ni, tahun 2013 ni baru darjah 2. Orangnya blh aku katakan penuh dgn aura.Mana taknya, dia ni kemana pegi pon mesti ada org sapa. Lelaki, perempuan, budak kecik, org besar pon rajin sgt menegur dia. Kalau kat skolah mmg famous le sesangat..maklumla, orangnya selalu tersenyum dan pandai sgt buat kelakar dan menceriakan suasana. Sesuai sgt ngan namanya, Farhan-yang girang gembira.Arash-masyaallah, yg dikatakan singahsana Allah. Tahun ni dia dilantik jadi ketua kelas. Hehe..x dpt bayangkan ketua kelas yg kecik cam dia tu.Comey je... rambut dia ni special sket. Pusar rambut dia ada 3, kata org bela kambing mmg elok. entah btl entah tidak x tau le aku. Pusar rambut dia tu menyebabkan rambutnya tumbuh menegak keatas.mcm style bdk skarang nak rambut pacak, rambut anak aku ni semulajadi tepacak. penah jgk le dia merungut dah bosan rambut dia asyik tepacak je. aku cuma ckp, rambut Arash ni special, org lain sebut letak gel nak bg tepacak tp arash sorang je de rambut camni.dan seperti biasa bila dipuji camtu, dia akan terseeenyumm je..comey.
       Yang comey mata bulat beso anakku yg bongsu Aidid Akashah. Sesuai la anak bongsu..manja sangat.Baru 6 tahun. minat dia x tetumpu pada 1 benda je.tp yg paling dia asyik bila dapat main lego atau puzzle. kiranya dia mmg expert la..mcm2 bentuk la yg dibuatnya. kalau dapat lego, dia akan ddk sorang2 dan x peduli dah apa yg jadi keliling dia. Dia ni kuat tido. bila bangun pagi nak gi skolah..adusss mmg jenuh juga la nak bg bangun. tp Alhamdulillah, x penah lagi dia mls nak gi skolah. Aidid Akashah ni x tau lg apa cita2 dia bila bsr nnti. Bagi aku, apa minat atau kecenderungan anak2, aku sokong je. Asalkan diorang jd orang berjaya, dunia akhirat. Insyaallah..inila anak2 yg kubanggakan..comeyy anak2 mama..   
Copyright© All Rights Reserved RozieXcellent.blogspot.com