Apa kome heran nama kampong aku rope gitu? Aku pun heran juga. dari kecik mcm2 citer aku dengo.Biasa la kan..sejarah lisan ni bukan boleh guna pakey sgt kan. Ada yg kata dulu ada org Batak yg datang meneroka tpt ni. masa dayung sampan tu tesangkut dek ranting kayu sampei le terabit ntah telinga ke hape x tau ler.. trs jadi Kg Batak Rabit..cam beda'ah je kan..tadi sesaje google, aku terrjumpa blog http://ku-alam.blogspot.com/ tekejut jugak aku mmbacanya. komorang bace le sendiri aku copy paste je kat sini ha.
KOTA BATAK RABIT-PUSAT PEMERINTAHAN SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II
Sebagai mana yang di ketahui bahawa Raja Muda
Abdullah bersemayam di Batak Rabit demikian jua takkala baginda bergelar Paduka
Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah
bergelar Sultan Perak ke-26 mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
Baginda telah memerintah negeri di Batak Rabit kinilebih dikenali sebagai
Kampung Batak Rabit dan kerna itu jua Masjid lama Batak Rabit pernah menjadi
Masjid Negeri Perak ketika itu. Hakikatnya kawasan ini adalah dibawah Laksamana
dan Sultan Abdullah Muhammad Shah II sendiri cucuanda kepada Toh Muda Laksamana
Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan Bin Laksamana Raja Mahkota
Toh Jambu Keramat Keramat Sungai Durian - mengikut adat purbakala Toh Muda
Laksamana bergelar Raja Mahkota.
Jikalau di perhatikan ketika Mohom Abdullah
memerintah Laksamana yang sedang menjadi Orang Besar adalah Muhammad Amin Bin
Alang Abdul Wakaf Bin Alang Muhammad Bin Che Uda Kechil Terkukor, tetapi sebelum
itu adalah Hj Sulaiman Bin Muhammad Taha Bin Toh Chu Abdul Rahim Che Uda Kechil
Terkukor dan selepas Muhammad Amin dibuang bersama Mohom Abdullah maka jawatan
Laksamana di jawat oleh Laksamana Hussain Bin Muhamad Salleh Bin Toh Chu Abdul
Rahim Bin Che Uda Kechil Terkukor Bin Toh Jambu @ Keramat Tanjung Medan @
Keramat Sungai Durian. Demikian pula takkala sebelum Haji Sulaiman menjawat
sebagai Laksamana Raja Mahkota ia telah di jawat oleh Laksamana Pandak Ibrahim
sebelumnya Toh Muda Wan Abdul Rahman sebagai Toh Muda Laksamana ataupun lebih
tepat Raja Mahkota, sebelumnya pula Laksamana Toh Janggut Bin Laksamana Toh
Rejab Bin Tok Chik Bin Toh Kuala Bidor @ Nakhoda Hitam. Maka persoalannyer siapa
Toh Tambah.. ??? Apakah ia hanya nama gelaran panggilan ataupun ia adalah antara
laksamana yang sebutkan di atas.
Pusat
pemerintahan
Pusat pemerintahan Sultan Perak
adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah dari Hilir Perak
hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah
kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam
Sultan Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan
yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai
Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan
Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
Kota Lama
Kanan
Geronggong dalam Mukim Pulau
Tiga,Kampung Gajah
Semat dalam Mukim
Senggang,
Bota Kanan atau disebut juga sebagai
Brahman Indera
Pulau Tiga, Kampung
Gajah
Pulau Cempaka Sari di
Parit
Pulau Indera Sakti di kuala Sungai
Kinta , Kampung Gajah
Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung
Gajah
Bandar Baharu , Kampung Gajah -
pejabat JWW Birch , British
Pasir Panjang, Kampung
Gajah
Durian Sebatang, Teluk Intan -
Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
Sayong, Kuala
Kangsar
Batak Rabit, Teluk
Intan
dan akhir sekali di Bukit Chandan,
Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan
menjadi Sultan Perak yang ke 28
Kome nampak x, Kota tu..itu baru le betoi..bangganya aku dilahirkan kat kampung yg penuh sejarah ni..ni mesti ramei org2 kampung x tau menau pasey ni..haishh..nak kena kabo ni
kat masjid ni ada kawasan kubor lama. gamaknya tu le kubor2 kaum2 kerabat dulu2..aku ni mana la nak tau sgt pasei sejarah kampong aku ni. kalo x kerana kecanggihan teknologi skrg, blh le google2 kan. kalo idak..hhmmmpphh..harammm..
yang aku tau, kat kpg aku ni kedey runcit paling lama tu le kedey si Chombie. udah x de dah pun orgnya. digantikan ngan anaknya si Ah Hee ngan adiknya yg kertu si Ah Beng. Dema 2 beradik cina ni mmg sape x keney bkn org Batak Rabit le. mmg friendly ngan org2 kampong. Lagi sorang cina femes kat Batak Rabit namanya si Gilin. Ntah le betoi ke dak namanya camtu. aku dengo opah aku masa juey ayam kat dia panggei dia rope tu. Dia ni peraih mcm2 hasil kampong kat org2 kpg, pehtu dia juey balik kat org2 kampong x pun kat org lain. kalo dia lalu dpn romah msti dengo dia jerit 'cempedak cempedak cempedaaakkk'. ada intonasi suara dia yg menarik minat org yg mendengonya..
apa lagi yg aku tau? yang aku tau ada tpt sembelih lembu. aku kalo lalu kat situ mmg takut bebeno rasanya. ntah nape ada rasa seram2 sket. yele..tpt darah2 camtu kan..ntah byk antu setannya..heeeeeeeeeee...lagi, aku igt dpn kandang lembu tu ada beret rmh. ada 1 indu ni namanya Manima. kakinya untut, beso cam kaki gajah. aku kalo tembung ngan dia mmg tkt betoi. kakak aku le slalu ngusik, Manima tangkap, Manima tangkap. padehei..org tu apah x ngusik org.
nak ckp best sgt kat kpg aku ni, rasa macam apah x best. pasey x mcm kpg lain yg ada sawah, ada sungei blh mandi2, ada dusun2 ke..langsung xde. sawah x mandang. sawit byk le.sungei..mancin boleh, mandi jgn..eeee x nak aku. udah le x reti berenang. kang kena ngap ngan boye.dusun2? nak tanam pokok pisang pon x blh. habih direnggah dek kera. blakang rmh mak aku dah mcm taman simpanan kera dah.. tapi, kalo dah Tanah tumpah ayor, Tanah kelahiran..dah tentu le kat kpg jugak tpt paling best yg aku nak duduk.
apa2 pun.. Kota Batak Rabit kome..kampong kome ada?? ngee...