nape ye? kalo tanya kat aku, idak kebulor le aku nak beraya kat kl tu. x penah kubuat mlm raya masih lagi kat kolumpo. tiap taun aku akan pastikan sehari bebelum raya aku dah balik. ate mane idaknya..sape nak nolong mak kat kampong tu? nak harap adik beradik lain, belum tntu pasei dema tu ada mentua, ada ank kecik. ate, aku yg dah xde mentua, anak dah beso2 ni kena prihatin le. bkn prihatin ngan adik beradik, dema tu ngelat je tu-mana2 adik beradik yg baca jgn mara aaa- tp, prihatin kat mak tu ha..
bagi aku raya wajip balik kampong. pehtu masa raya2 ni le baru nak besalam2 bemaap2 ngan adik beradik, orang tua, sedara mara, time ni le baru dapat nak peluk cium. kalo time lain blm tentu dapat jumpa sedara mara. aku ni berjiwa persaudaraan sikit. time2 raya ni mana rumah sedara mara yg blh pegi aku mesti pegi punya. cuma taun ni x banyak dapat pegi pasei encik hasben dah mula keroja raya ketiga. ntah hape2 kan..
apa lagi yg bestnya raya ni? utk aku, sejak dah beromahtangga ni, dan sejak mak x berapa lalu ni, aku ni dah jd mcm chef keluarga. yg lain tau ngoder je..nak makan apa, nak masak apa, aku jd tukang msk le. taun ni, aku dpt msk sop tulang je. msk pakei kayu api kome..mmg meletop le sopnya. cuti x panjang, badan letih bejalan rumah sedara mara, itu je yg sempat msk. kalo dulu, dari raya petama sampei le raya2 berikutnya selama aku ada kat kampong, ari2 komfem kena msk mcm2 utk member2 adik aku yg ramei tu. walaupun penat, tp ati seronok..
aktiviti wajip utk family kitorang, pagi raya, lepeh kaum lelaki balik semayang raya, makan2 jap, pehtu sesi bermaapan, pehtu kitorang gi ziarah kubor arwah abah ngan opah. taun ni, tambah 1 lagi kubor diziarah. kubor paksedara aku. taun depan entah2 org ziarah kubor aku pulak. mana le tau...
utk anak2 aku, biasa le..duit raya, duit raya. budak2 kan..tapi aku x penah izinkan ank2 aku gi ngutip duit raya kat romah org. dema pun x nak, mujor le.time raya ni jugak baru bebudak nak merasa main bunga api. tapi yang telebih bapak2 budak. nak2 hasbenku tu, gemor bebenor main merocon. aku nak masak kat dapor pon payah. ate ape idaknya..semedang je tegeramangnya (tetejut le tu). sabo je la...
apa2pun..raya kat kampong mmg terindah dan the best la. bagi yg ada kampong tp x nak balik kampong ataupun time raya ni sebok2 nak pegi melancong tu..bagi aku tersangat la ruginya. waktu ni le peluangnya kita nak rapatkan silaturrahim..mana2 yg bemasam muka ke, jarang bejumpa ke, x berapa sebulu ke sebelum ni, time raya ni le time yg paling mudah org nak bemaapan. time ni jugak le org paling mudah nak menerima kemaapan kita. ce terai kalo x caya. sbb time raya ni otomatik hati manusia ni raya sayu, gembira..org x nak musuh2 dah.
kat sini jugak aku nak ucapkan maap zahir batin, segala salah silap aku berbahasa atau ada yg terasa di ateh penulisan aku ni..ate, keme kan org biasa. melakukan kesilapan itu pon perkara biasa. mintak diampunkan ye. ok semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri. panjang umor kita jumpa lagi di lain entry