11/13 yang aku maksudkan disini bulan 11 tahun /2013. napenye? macam2 perkara besor berlaku dlm bulan ni, yg terjadi dlm big family aku...
bermula dengan 09hb Nov yg lalu adalah hari konvokesyen aku. Pejam celik, pejam celik, selamat dah aku ngabihkan belajor kat UM tu. Rindu juga ngan kawan2 lama. Selang 2 ari lepeh tu, pada 11/11/2013 anak aku yg kesepuloh (anak kakakku) selamat dilahirkan. Namanya Fakhrul Azam.
Kendiannya, pada 14/11/2013 keputusan UPSR diumumkan. Anakku si Ammar Khalish lulus dengan cemerlang, dapat 5A dalam keputusan ujiannya tu. Alhamdulillah..berjaya juga anak aku dapat 5A. Mudah mudahan dapat le dia mengejor cita2 dia nak menjadi arkitek yg berjaya. Maklum le..nak buat rumah banglo 5 tingkat untuk mama katanya. hihihi..macam2 anak2 ni.
Esoknya, hari Jumaat 15/11/2013 aku dapat berita gumbira, permohonan kerja aku berjaya. Alhamdulillah...
Nampaknya, betukor tpt keje lagi le aku ni. Apa boleh buat...cari rezeki utk anak2...
Ada satu lagi peristiwa berlaku, anakku yang ke-11 (anak adik ke4) pulak selamat dilahirkan kedunia ini pada hari Jumaat 15/11/2013@08:12pm.Ibunya bagi nama Hasbi Hasbullah. Suke kome le nak bagi nama apa. Janji usah nama mengarut udah le.
Begitu le kiranya rentetan peristiwa besor yg berlaku dlm keluarga besor kami nih. Kiranya nak kena buat kenduri kesyukuran le ni. InsyaAllah..ada rezeki nak juga buat kenduri. X kenduri, ngantor pulut kuning ke mesjid pon jaadile...
Ni dah nak abih tahun dah kita ye. Mudah mudahan kalo panjang umor, di tahun-tahun mendatang, dapat le kiranya kita hidup bahagia, tenang, murah rezeki, badan sehat, dan dipermudahkan untuk melakukan ibadah. Amin...