Monday, April 1, 2013

Teluk Intan

Teluk Intan Tanah Tumpah Ayorku..


me with leaning tower of Teluk Intan..comey x ???
          Asei kelahiran aku di Teluk Intan, bandar di negeri Perak. Mak aku beranakkan aku kat sini weh. Rasanya mmg ramei yg pernah dengo nama pekan ni. Dah femes dah skrg. Merujuk wikipedia, nama Teluk Mak Intan diambik dari sorang janda yang dikatakan mempunyai rope yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagor yang berasei dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramei le orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratuih, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
        Ada versi lain yg aku dengor, nama Mak Intan tu nama sorang bidan yg mmg fofularr kat pekan T.I nih. mengenang jasa beliau pekan ni bertuko dari Teluk Anson ke Teluk Mak Intan, peh tu teruih jadi Teluk Intan sampei le skrg..
        Istimewa T.I ni, of course ada menara condong yg cam dlm gambo aku tu. usia menara ni dah lebih 100 thn dah..asei nya menara ni hanyalah tangki ayor utk bekei penduduk sekitor je dan ada jam skali. menara ni jadi condong disebabkan dolu2 slalu ayor pasang(banjir le tu), so stuktur tanah tu menyebabkan menara jam tinggi ni semakin condong. Aku igt lagi masa kecik2 aku tgk jam tinggi(org2 kampung biasa sebut menara ni jam tinggi) ni x nmpak sgt condong sgt. skrg ni skali pandang mmg nmpak jeleh bebenor mmg condong. Apa? Igt Pisa je ada? Keme pon ada le weh..hihihi.
           Apa lagi yg best? mcm2..makanan kat sini mmg wallah!! tpt lain x dpt le mknn yg sedap, morah cam kat sini. nak sebut banyak sgt..sume aku suka. Aku suka makan kat Hawaii ice.org2 kat sini confirm tau la katne tpt ni. Ada mi rebus Mastan, Mee Ghulam, tpt feveret aku kedai bawah pokok, ayam goreng Krishnan. mmg ayam goreng dia terrrsedapp skali la. Hat org cina plak aje yg gemor bebenor makan cicongfan(x tau le spell cemana, tp bunyi dia camtu la.) mknn diorang mmg femes smpei kat kl ni mmber aku dok nyebut Teluk Intan cicongfan the best in the world. ee, kemain..ada lagi, mi kicap cik Besah kedai Sabar Menunggu kat tepi sungai pekan Teluk Intan..tpt lain mmg x jumpa la. (promote baeekk xde ke mkn free??)
        Ada Nasik lambei(lambai)..kat tepi sungei tpt dulu2 org nunggu bot penambang nak ke seberang. Sape x kenei kedei Nasik lambei..ate dulu2 ramie le org guna bot dari seberang nak ke Pekan. elok org naik ke darat je, ada le yg melambei-lambei suruh singgah makan kat kedei Nasik lambei ni. ha...dari situ le kedei ni dpt nama, teruih lekat sampei le sekarang..tapi skrg udah kurang bebenor org naik bot nak ke Pekan. Ate..org2 kat seberang nun anak2 deme kereta udah menjalor, beso2 belaka. baik naik keta, ada a-cond.
          Untuk kaki pancing udang galah..Sungei Perak nun mmg lubuk lerr..insyaAllah..kalau gi mancing tu x blk tgn kosong la. Skrg kerajaan pun tgh memperomote Sungei Perak Teluk Intan ni lubuk udang galah. x caye ce kome pegi ke tepi sungei perai dpn kedei Cik Besah yg aku kabo td ada tetenggek 2 ekor udang galah beso. nnti2 aku post gambo yer..kemarin blk kpg x dan nak ambik gambonya.
          yang aku suka lagi skrg udah ada Gerobang Malam..mcm uptown kal keyel ler.aku suka pegi ari sabtu malam minggu sbb mlm tu jugak ada pasar malam. Yang seronok bukan apa, time tu mmg besesak2-sesak dgn org yg ntah le cari apa kat pasar mlm tu. Mcm aku agaknya sbb seronok dgn suasana tu slalu ngingatkan aku nostalgia masa kecik2. gemor benor pegi psr mlm. padehei bkn beli apa pon..
 
 
              Lagi..ada batu betenggek..heheh..dari kecik aku tgk batu tu betenggek kat simpang nak msk ke Pekan ni. penah dengor citer kononnya batu tu hidup. mula2 batu tu kecik je dan skrg dia mmbeso sampei le skrg ni udah mati dah  x blh besor2 dah. carian wikipedia,  'Batu Tenggek' (Bersidang Boulder) yang terletak di persimpangan di pusat bandar. Terdapat legenda tempatan bahawa batu itu telah diletakkan di sana oleh seorang askar British, dan pada asalnya saiz kotak mancis satu tetapi semakin besar sejak beberapa tahun lalu. Batu itu kini sebahagian drp peringatan perang bagi Perang Dunia 1. Ada plak pada batu tu yg tertulis puisi dari Laurence Binyon bertajuk 'For The Fallen' .
Ate sekarang Teluk Intan dah maju bebeno dah. udah tau jem dah kome..
Nak jalan2 Teluk Intan? Kalau rasa2 nak tourist guide, blh je ajak aku..

 

 

No comments:

Copyright© All Rights Reserved RozieXcellent.blogspot.com