Wednesday, July 17, 2013

Alat penjimatan petrol

ish3..ye ke benor ada alat rope gini?napenye tetibe plak aku cerita pasei alat jimat minyak ni? ate ye le..rege minyak sekarang kan dah naik. udah tak lalu rasanya ngisi minyak petrol sekarang ni ha. duit gaji abih ngisi minyak je kan. ate, nak le juga cari kalo2 ada alat yg boleh jimatkan petrol ni. udah ku google google google..rasa ati ni idak le pecaya ngan bedaah tukang juei alat konon penjimat minyak ni. yang sebenonya pun dulu aku penah tebeli satu alat yg rope charger, namanya org panggei i-charge. mula2 pasang mmg le rasa lancor je keta tu bejalan. mencanak je peginya. tp lama2, lama x lama la..dlm lat sebulan camtu udah rasa keta cam semput2. rope2nya benda rope ni mmg de efect pada enjen kereta kome weh..atenya nak ngabo le kat sini, sebelum beli benda2 cenggini kome pikior le bebenor ada ke logiknya atau idak benda rope ni boleh jimatkan minyak. kalo ada, ce kabo & tunjukkan kat aku. nak juga nerai.lagi satu nak sharing 1 artikel yg dikeluorkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Moh kita baca apa kata dema

Alat Penjimat Minyak : Pengguna Dinasihat Kaji Sebelum Guna

Oleh Sharifah Nur Shahrizad Mohamed Sharer

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pengguna dinasihat lebih peka dan bijak ketika mahu membeli alat yang didakwa mampu menjimatkan petrol bagi mengelak daripada tertipu dan rugi kerana membeli produk yang tidak berkesan.

Pengarah Pusat Pembangunan Automotif Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Azhar Abdul Aziz berkata ini kerana setakat ini kebanyakan alat penjimat petrol yang berada di pasaran tidak menunjukkan penjimatan yang ketara, selain memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat pulangan pelaburan.

"Selaku pengguna mereka patut bertanya pada penjual berhubung bukti saintifik dan kesahihan sesuatu dakwaan sebelum membeli peralatan dan bahan kimia ini. Bukti saintifik yang saya maksudkan ialah carta gayalaku (prestasi) yang menunjukkan kelebihan pemasangan alat dengan keadaan tanpa alat itu dipasang," katanya kepada Bernama.

Tambahan katanya penjual kadangkala menunjukkan data yang dikumpul di luar negara dan ini tidak sama keadaannya dengan kegunaan di negara tropika seperti Malaysia.

Sepatutnya mereka yang menjual alat sedemikian lebih bertanggungjawab dengan melakukan beberapa siri ujian prestasi alat mereka dalam suasana penggunaan di Malaysia dan ujian itu pula semestinya dalam satu julat waktu yang lama, katanya.

"Pendek kata pengguna harus lebih bijak dalam mengajukan soalan yang bersifat prestasi dan kelasakan sebelum berpuas hati dan terpikat dengan peralatan ini. Mereka perlu menekankan kepada jaminan di samping perkara pokok tadi. Jika boleh pengguna perlu diberi masa untuk menilai prestasi alat yang mereka beli sebelum komited dengan barangan ini," katanya.

Mengakui sejak mengkaji dan menguji peralatan dan bahan kimia yang disifatkan mampu menjimatkan bahan api kenderaan, lima tahun kebelakangan ini, beliau telah menemui pelbagai alat penjimat minyak yang ada di pasaran kini.

Bagaimanapun katanya kebanyakannya hanya boleh menjimatkan bahan api bagi enjin yang tertentu, pada julat halaju tertentu enjin dan kadar penjimatannya adalah tidak tinggi, iaitu dalam lingkungan antara 3 dan 5 peratus sahaja.

Antara produk tersebut termasuk dalam bentuk magnet yang dikatakan boleh mengubah struktur molekul bahan api untuk pembakaran yang lengkap, ada yang dipasang pada bahagian "air intake" enjin yang dikatakan boleh meningkatkan kecekapan pembakaran udara bahan api dan ada yang dipasang pada sistem penyalaan enjin yang boleh meningkatkan keamatan arka pada palam pencucuh enjin, katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, hanya sebahagian kecil alat penjimat minyak yang berada di pasaran menyakinkannya dalam erti kata baloi berbelanja, antara lain bermaksud melebihi penjimatan 5 peratus dalam semua keadaan operasi enjin.

Justeru nasihatnya, pengguna hanya digalak membeli alat penjimat minyak yang benar-benar telah menjalani ujian bukti secara saintifik (yang dibuat oleh organisasi piawaian seperti SIRIM, SISIR dan sebagainya) dan diuji secara "exhaustive" dalam suasana/persekitaran di Malaysia.

Dalam masa sama beliau turut mengingatkan pengguna bahawa peralatan berkenaan mempunyai jangka hayat yang tertentu, selain penggunaannya juga tidak dijamin pembuat enjin disebabkan ia bukannya produk OEM (produk peralatan tulen pengeluar).

Dalam pada itu, Dr Azhar turut memberikan beberapa tip berguna mengenai cara lebih mudah, murah dan efektif untuk meminimumkan penggunaan petrol, termasuk mencadangkan amalan pemanduan yang baik seperti tidak memandu secara agresif dan melampaui 110 km/jam bersamaan halaju enjin <3000 br="" ppm.="">
"Tetapi ini hanya boleh dibuat apabila pengguna tidak mengalami kesesakan lalu lintas. Elakkan kesesakan, di samping memastikan enjin sentiasa dalam keadaan "tip-top", katanya.
Selain itu katanya tekanan udara tayar kenderaan juga mestilah pada tekanan yang ditetapkan pengeluar.

Sentuhan tayar yang minimal dengan permukaan turut menyumbang kepada meminimumkan penggunaan bahan bakar. Elak daripada selalu melakukan brek. Juga, kereta yang lebih kecil, mengurangkan rintangan muatan pada enjin dan ini bermakna kereta lebih kecil menggunakan kurang minyak, katanya.
"Negara perlu melaburkan dalam penyelidikan bahan bakar alternatif dan saya percaya banyak institusi di Malaysia boleh melakukannya jika disediakan sumber, kepercayaan dan peluang. Usaha bersepadu perlu dilakukan terhadap perkara ini jika tidak rakyat Malaysia sekali lagi akan diminta menukar gaya hidup mereka.

"Kita sering ketinggalan dalam soal ini. Ia memerlukan iltizam politik dan kerajaan untuk menjadikannya sebagai realiti. CNG (gas asli mampat) nampak menarik tetapi dalam keadaan sekarang, kos untuk mengubahsuai enjin adalah tinggi dan stesen minyak juga mempunyai keupayaan terhad untuk memenuhi permintaan pengguna," katanya.
Presiden Persatuan Permotoran Malaysia Datuk Dr Mohamed Mydin Md Musa pula menyifatkan kerakusan pengguna Malaysia untuk membeli alat penjimat minyak ini adalah mentaliti biasa rakyat yang cepat terpengaruh dengan iklan yang menarik.

Mengakui tidak salah menggunakan alat penjimat minyak, terutama pada waktu sekarang, Dr Mohamed Mydin berkata, rakyat seharusnya membuat kajian terlebih dahulu terhadap sesuatu produk dan tidak hanya mendengar testimoni pengguna dan membuat keputusan secara terburu-buru.
"Kajian perlu dibuat dahulu sebab kebanyakan produk yang ada dalam pasaran sekarang ini belum betul-betul terbukti keberkesanannya, jangan terlalu cepat terpengaruh," katanya.

Pencipta tempatan yang juga pengasas Syarikat Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron berkata secara logiknya, untuk meminimumkan penggunaan minyak bukan bergantung kepada penggunaan aksesori atau produk yang didakwa penjimat minyak.
"Kalau betul ada produk atau alat yang boleh menjimatkan minyak sudah lama syarikat-syarikat pengeluar kereta ambil dan gunakan pada produk mereka," katanya.

Sebaliknya beliau berkata kaedah yang paling mudah untuk menjimatkan penggunaan petrol pada kenderaan ialah dengan memastikan kenderaan dalam keadaan sempurna tanpa tambahan aksesori yang boleh memberatkan kereta seperti spoiler, skirting, rim atau tayar sport yang akan memberatkan kenderaan.
Beliau berkata, walaupun penggunaan alat penjimat minyak, terutama bahan 'additive' seperti minyak atau pil tidak membahayakan, tetapi ia tidak terbukti berkesan boleh mengurangkan penggunaan minyak, malah pada jangka masa panjang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada enjin.

"Di sini kebanyakan pengguna silap pertimbangan. Sebabnya bahan additive (pil, minyak atau ubat gegat) yang ada kalanya dimasukkan dalam tangki minyak bukan bertujuan mengurangkan minyak sebaliknya ia hanya untuk melicinkan perjalanan enjin semata-mata.
"Jadi bila enjin licin, kita rasa kenderaan lebih bertenaga dan minyak dijimatkan," katanya yang berpendapat penggunaan bahan-bahan tambahan itu tidak begitu kos efektif.

Justeru bagi mengurangkan beban kenaikan harga minyak, beliau mencadangkan agar rakyat Malaysia mengamalkan cara pemanduan berhemah dan menggunakan kenderaan apabila perlu sahaja.

*** udah baca? rasa2 cemana?nak ke kome beli alat jimat petrol tu?kot2 betoi ada alat yg betoi2 bekesan jgn lupa sharing ye. keme pun nak jugak bejimat ceromat..huhuhu

No comments:

Copyright© All Rights Reserved RozieXcellent.blogspot.com