Ini la anak2 yg menjadi kebanggan aku. ala, org lain pun msti bangga ngan anak masing2 kan? Alhamdulillah, 3 org bodyguard aku ni ada kelebihan masing2..walaupun xla menyerlah mcm kanak2 genius tu, tp diorang ni sentiasa dpt tempat yg baik kat skolah. Anakku yg sulung, Ammar Khalish, minat sgt membaca dan mengkaji tentang angkasa lepas dan apa saja yg berkenaan dgn eksperimen sains. Kitorang(aku, adik beradik aku, opahnya termasuk abahnya) kadang2 kalau nak tau apa2 psl sains, angkasa lepas atau psl haiwan, kitorang rujuk kat dia je. slalunya, dia mesti ada jawapan bg tiap soalan yg kitorang tanya. Katanya dia bercita2 nak jadi arkitek yg berjaya. Nak buat banglo 5 tingkat utk mama, katanya.(5 tingkat dah mcm rmh flat jer..huhu).
Masa kecik2 lagi seawal umur 1 thn dia dah minat melukis. Kalau bdk lain dok kelek mainan, Ammar Khalish ni cukup kalau ada buku, pensil dan pensil warna. Mana dia pegi, mesti kena bawak kalo x dia mmg cpt boring. Dari situ aku perasan ttg minat dia dan aku biarkan jela dia ngan minatnya tu. Sejak darjah 3 dia dah dilantik jadi pengawas dan aktif dgn aktiviti skolah mcm baca sajak ke, pantun ke..mcm2 la. dan mcm2 jgk hadiah yg dia bwk blk dari skolah. Thn 2013 ni Ammar Khalish akan menduduki UPSR. Aku yg seram sejuk dari thn lepas lagi.Dia teringin nak msk skolah asrama penuh. Insyaallah, mama tau ank mama boleh..
Kisah anak aku yg tengah Arash Farhan ni, tahun 2013 ni baru darjah 2. Orangnya blh aku katakan penuh dgn aura.Mana taknya, dia ni kemana pegi pon mesti ada org sapa. Lelaki, perempuan, budak kecik, org besar pon rajin sgt menegur dia. Kalau kat skolah mmg famous le sesangat..maklumla, orangnya selalu tersenyum dan pandai sgt buat kelakar dan menceriakan suasana. Sesuai sgt ngan namanya, Farhan-yang girang gembira.Arash-masyaallah, yg dikatakan singahsana Allah. Tahun ni dia dilantik jadi ketua kelas. Hehe..x dpt bayangkan ketua kelas yg kecik cam dia tu.Comey je... rambut dia ni special sket. Pusar rambut dia ada 3, kata org bela kambing mmg elok. entah btl entah tidak x tau le aku. Pusar rambut dia tu menyebabkan rambutnya tumbuh menegak keatas.mcm style bdk skarang nak rambut pacak, rambut anak aku ni semulajadi tepacak. penah jgk le dia merungut dah bosan rambut dia asyik tepacak je. aku cuma ckp, rambut Arash ni special, org lain sebut letak gel nak bg tepacak tp arash sorang je de rambut camni.dan seperti biasa bila dipuji camtu, dia akan terseeenyumm je..comey.
Yang comey mata bulat beso anakku yg bongsu Aidid Akashah. Sesuai la anak bongsu..manja sangat.Baru 6 tahun. minat dia x tetumpu pada 1 benda je.tp yg paling dia asyik bila dapat main lego atau puzzle. kiranya dia mmg expert la..mcm2 bentuk la yg dibuatnya. kalau dapat lego, dia akan ddk sorang2 dan x peduli dah apa yg jadi keliling dia. Dia ni kuat tido. bila bangun pagi nak gi skolah..adusss mmg jenuh juga la nak bg bangun. tp Alhamdulillah, x penah lagi dia mls nak gi skolah. Aidid Akashah ni x tau lg apa cita2 dia bila bsr nnti. Bagi aku, apa minat atau kecenderungan anak2, aku sokong je. Asalkan diorang jd orang berjaya, dunia akhirat. Insyaallah..inila anak2 yg kubanggakan..comeyy anak2 mama..

No comments:
Post a Comment